Unit Psikologi dan Kaunseling (UP&K) Politeknik Merlimau, Melaka merupakan unit sokongan akademik yang mana
berfungsi dalam membantu pembangunan dan kemahiran insaniah bagi para pelajar
dan juga kakitangan. Buat masa ini, UP&K terdiri daripada 3 orang pegawai
psikologi dan merupakan salah satu unit di bawah pengawasan Timbalan Pengarah
(Sokongan Akademik).Matlamat unit ini adalah membantu perkembangan pelajar ke
arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pengawalan Program Perkhidmatan
Psikologi dan Kaunseling secara berkesan di Politeknik.
Apa Itu Kaunseling?
Kaunseling
adalah hubungan bersemuka antara individu normal untuk memahami diri dan
situasinya, menggunakan potensi dengan cara memanfaatkan diri, keluarga, agama,
masyarakat dan agama juga mempelajari cara berhadapan dengan masalah dalam
memenuhi keperluan diri masa kini dan akan datang.
Kod
Etika Kaunseling
- Menghormati
privasi klien dan merahsiakan maklumat.
- Memelihara
kesejahteraan fizikal dan psikologi klien
- Melaksanakan
kemahiran secara professional.
- Menghormati keputusan
dan penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
UP&K beroperasi
pada waktu berikut:
WAKTU
PEJABAT:
Isnin-Khamis:
08.30
pagi hingga 04.00 petang
Jumaat :
08.30
pagi hingga 12.00 tengahari
03.00
hingga 04.00 petang
PERKHIDMTAN
YANG DISEDIAKAN
- Kaunseling
Individu
- Kaunseling
Kelompok
- Kaunseling
Keluarga
- Kaunseling
Perkahwinan
- Kaunseling
Penyalahgunaan Bahan
- Kaunseling
Kerjaya
- Pengujian
Psikologi
- Teknik Belajar
Berkesan
- Terapi Pemakanan
- Pengurusan Masa
- Pengurusan
Tekanan dan Marah
PEGAWAI
PSIKOLOGI DI UP&K BOLEH MEMBANTU ANDA DALAM:-
- Sesi
Perkhidmatan Kaunseling Individu/Kelompok/Kerjaya
- Khidmat
Pengujian Psikologi / Personaliti kepada pelajar, dan staf
- Klinik
Penasihatan Akademik
- Klinik
Pembelajaran dan Motivasi
- Klinik Bimbingan
Kerjaya seperti laluan kerjaya, penulisan resume, teknik temuduga dan
permohonan jawatan
- Brochure atau pamplet
kerjaya
- Bahan rujukan
kerjaya luar atau dalam negara
- Profail industri
- Ruang rehat
pelajar
- Bahan bacaan
bertulis seperti buletin, majalah dan akhbar
No comments:
Post a Comment