Wednesday 21 August 2013


CARTA UNIT


SELAYANG PANDANG

Unit Psikologi dan Kerjaya (UPK) Politeknik Merlimau, Melaka merupakan unit sokongan akademik yang mana berfungsi dalam membantu pembangunan dan kemahiran insaniah bagi para pelajar dan juga kakitangan. Buat masa ini, UPK terdiri daripada 3 orang pegawai psikologi dan merupakan salah satu unit di bawah pengawasan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).Matlamat unit ini adalah membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pengawalan Program Perkhidmatan Psikologi dan Kerjaya secara berkesan di Politeknik.

Apa Itu Kaunseling?
 Kaunseling adalah hubungan bersemuka antara individu normal untuk memahami diri dan situasinya, menggunakan potensi dengan cara memanfaatkan diri, keluarga, agama, masyarakat dan agama juga mempelajari cara berhadapan dengan masalah dalam memenuhi keperluan diri masa kini dan akan datang.
Kod Etika Kaunseling
  • Menghormati privasi klien dan merahsiakan maklumat.
  • Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien
  • Melaksanakan kemahiran secara professional.
  • Menghormati keputusan dan penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

UPK ini beroperasi untuk perkhidmatan pada waktu berikut:

WAKTU PEJABAT:
Isnin-Khamis:
08.30 pagi hingga 04.00 petang

Jumaat :
08.30 pagi hingga 12.00 tengahari
03.00 hingga 04.00 petang

PERKHIDMTAN YANG DISEDIAKAN
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Perkahwinan
  • Kaunseling Penyalahgunaan Bahan
  • Kaunseling Kerjaya
  • Pengujian Psikologi
  • Teknik Belajar Berkesan
  • Terapi Pemakanan
  • Pengurusan Masa
  • Pengurusan Tekanan dan Marah

PEGAWAI PSIKOLOGI DI UPK BOLEH MEMBANTU ANDA DALAM:-
  • Sesi Perkhidmatan Kaunseling Individu/Kelompok/Kerjaya
  • Khidmat Pengujian Psikologi / Personaliti kepada pelajar, dan staf
  • Klinik Penasihatan Akademik
  • Klinik Pembelajaran dan Motivasi
  • Klinik Bimbingan Kerjaya seperti laluan kerjaya, penulisan resume, teknik temuduga dan permohonan jawatan
  • Brochure atau pamplet kerjaya
  • Bahan rujukan kerjaya luar atau dalam negara
  • Profail industri
  • Ruang rehat pelajar

  • Bahan bacaan bertulis seperti buletin, majalah dan akhbar