Unit Psikologi
dan Kerjaya (UPK) Politeknik Merlimau, Melaka merupakan unit
sokongan akademik yang mana berfungsi dalam membantu pembangunan dan kemahiran
insaniah bagi para pelajar dan juga kakitangan. Buat masa ini, UPK terdiri
daripada 3 orang pegawai psikologi dan merupakan salah satu unit di bawah
pengawasan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).Matlamat unit ini adalah
membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi,
spiritual dan kerjaya melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian dan
pengawalan Program Perkhidmatan Psikologi dan Kerjaya secara berkesan di
Politeknik.
Apa Itu Kaunseling?
Kaunseling adalah
hubungan bersemuka antara individu normal untuk memahami diri dan situasinya,
menggunakan potensi dengan cara memanfaatkan diri, keluarga, agama, masyarakat
dan agama juga mempelajari cara berhadapan dengan masalah dalam memenuhi
keperluan diri masa kini dan akan datang.
Kod Etika Kaunseling
- Menghormati privasi klien dan
merahsiakan maklumat.
- Memelihara kesejahteraan
fizikal dan psikologi klien
- Melaksanakan kemahiran secara
professional.
- Menghormati keputusan dan
penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
UPK ini beroperasi untuk
perkhidmatan pada waktu berikut:
WAKTU PEJABAT:
Isnin-Khamis:
08.30 pagi hingga 04.00
petang
Jumaat :
08.30 pagi hingga 12.00 tengahari
03.00 hingga 04.00
petang
PERKHIDMTAN YANG
DISEDIAKAN
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok
- Kaunseling Keluarga
- Kaunseling Perkahwinan
- Kaunseling Penyalahgunaan Bahan
- Kaunseling Kerjaya
- Pengujian Psikologi
- Teknik Belajar Berkesan
- Terapi Pemakanan
- Pengurusan Masa
- Pengurusan Tekanan dan Marah
PEGAWAI PSIKOLOGI DI UPK
BOLEH MEMBANTU ANDA DALAM:-
- Sesi Perkhidmatan Kaunseling
Individu/Kelompok/Kerjaya
- Khidmat Pengujian Psikologi /
Personaliti kepada pelajar, dan staf
- Klinik Penasihatan Akademik
- Klinik Pembelajaran dan
Motivasi
- Klinik Bimbingan Kerjaya
seperti laluan kerjaya, penulisan resume, teknik temuduga dan permohonan
jawatan
- Brochure atau pamplet kerjaya
- Bahan rujukan kerjaya luar atau
dalam negara
- Profail industri
- Ruang rehat pelajar
- Bahan bacaan bertulis seperti
buletin, majalah dan akhbar
No comments:
Post a Comment