KHASIAT TIMUN
Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk
untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana
ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan
air yang kurang dari tubuh anda.
Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh
dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran
matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda
kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.
Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang
terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan
kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun
yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.
Timun
sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis
vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang
menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri.
Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak
merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi
12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.
Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan
sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah
penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.
Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat
badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang
rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program
menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun
atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan
menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara
pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang
anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah
satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat
yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan
seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.
Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah
mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti
ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar
berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata
kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.
Timun dapat
melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi
secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian
semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan
risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser
prostat.
Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan
mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang
diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada
pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang
digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun
juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat
efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik
untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.
Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica
yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut,
bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu
meransangkan pertumbuhan rambut.
Bertindak sebagai penyegar
mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil
beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda
menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh
bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.
Bermanfaat
pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun
merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi
dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak,
ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid
uric.
Melegakan migrain
Untuk mengelakkan
pening kepala di pagi hari, migraine, anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun
sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk
menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala .
Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan
baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda
sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan
baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan
seharian.
No comments:
Post a Comment