SATU LIDAH DUA TELINGA
Pendengaran merupakan satu deria kurniaan Sang Pencipta yang paling besar kepada
kita manusia normal. Nikmat yang cukup besar ini sekiranya digunakan secara
betul sesungguhnya mampu memberikan impak yang cukup berkesan dalam kehidupan
kita. Tetapi apabila direnung-renungkan kembali, sebenarnya kita susah untuk
menggunakan kemahiran mendengar kita ini dengan betul ataupun digunakan
semaksimum mungkin. Kita sebenarnya lebih cenderung untuk bercakap berbanding
mendengar.
Jika
diperhatikan kepada kejadian kita, Allah menjadikan setiap daripada kita
mempunyai dua telinga dan satu lidah yang diberi sifat kalam untuk berbicara.
Disebalik hikmah kejadian dua telinga ini sememangnya mempunyai hikmah yang
lain dan tidak bukan adalah untuk melebihkan proses mendengar berbanding
bercakap. Apabila kita diminta untuk mendengar, terus sahaja lidah kita akan
lebih cenderung untuk bercakap. Diam dalam masa seminit itu seolah-olah kita
dibisukan seumur hidup rasanya mungkin...
Tidakkah kita
ketahuai bahawa setiap masalah yang berlaku itu bukan semuanya diminta
bantuan untuk diselesaikan tetapi sebenarnya adalah memerlukan kita untuk
mendengar dengan penuh empati kepada apa yang diceritakan apa yang dikongsikan.
Pendengaran kita adalah ditagih semasa itu. Mungkin masalah seseorang itu
telahpun separuh berjaya diselesaikan atau dilegakan apabila kita hanya
mendengar dengan aktif. Kadang-kadang kita lebih cepat untuk memikirkan apakah
respon yang perlu dibalas sehinggakan kita terlupa untuk memberikan perhatian
kepada apa yang cuba disampaikan kepada kita. Janganlah kita cepat melatah
untuk memberikan respon kepada sesebuah perbualan tanpa kita mengetahui pokok
pangkal jalan ceritanya. Kelak kita dituduh sebagai orang yang mudah
mereka-reka cerita dan suka membuat adaian sendiri.
Dalam sedar
ataupun tidak adakah kita perasan bahawa apabila semakin tinggi kedudukan
pangkat seseorang itu dalam sesebuah organisasi ataupun struktur
masyarakat semakin hilang keupayan kita untuk mendengar dengar aktif bukan. Jika
dulu kita sebagai orang bawahan, kita lebih diminta untuk banyakkan mendengar
melaksanakan arahan berbanding bercakap memberikan arahan
tetapi apabila semakin lama semakin tinggi jawatan, peranan kita mulai berubah.
Kita lebih banyak bercakap berbanding mendengar. Tidak dikatakan benda ini
salah kerana mungkin kita berubah mengikut peranan kita sekarang ini yang
sememangnya menuntut kita untuk banyak memberikan arahan tetapi persoalannya
ialah ianya hanya berlaku secara sehala sahaja tanpa ada ruang-ruang
perbincangan, perkongsian pendapat dan ruang tegur menegur.
Mulai hari ini
saya perlu melihat jauh ke dalam diri saya apakah peranan saya yang
sebenarnya. Ada masanya kita perlu berbicara adakalanya kita lebih perlu
mendengar sahaja. Lebihkan ilmu, perbaiki kemahiran mendengar, tambahkan usaha
kurangkan bercakap perkara yang sia-sia....