Monday 7 July 2014

ARAH JAM


ARAH JAM

 

1. Cuba anda luruskan tangan kanan anda ke hadapan
    sambil menunjuk lurus dengan jari telunjuk fokus ke
    depan.
2. Kemudian secara perlahan-lahan pusingkan jari anda
    mengikut arah pusingan jam.
3. Teruskan pusingkan jari anda mengikut arah pusingan jam
   dan kemudian secara perlahan-lahan bawa tangan anda     ke atas  seperti sedang mengangkat tangan.
4. Terus pusingkan perlahan-lahan tangan anda tadi dan
    kemudian turunkan tangan tersebut perlahan-lahan     
    sehingga paras dada anda seolah-olah anda sedang
    melihat jari anda dari pandangan atas.
5. Cuba perhatikan arah pusingan tangan tersebut. Ke
   manakah arahnya, bertukar bukan??? (bagi yang tak dapat anda boleh berjumpa saya =).

 

     Apa sebenarnya ibrah atau pengajaran yang kita boleh ambil daripada aktiviti ringkas ini? Ya tepat sekali pendapat anda itu, tahniah!!! Kita telah belajar untuk melihat dari pelbagai sudut sebenarnya daripada aktiviti sekejap tadi.

    Pentingnya untuk kita mempunyai pelbagai sudut pandang. Janganlah kita terlampau taksub dengan satu pandangan sahaja sehinggakan kita mengenepikan pandangan-pandangan lain tanpa menilai asasnya. Belajarlah  untuk melihat dari sudut pandang yang berberza-beza tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita supaya pandangan positif dapat kita wujudkan. Pandanglah dengan pandangan yang holistik.

     Sedarlah, orang lain berbeza pendapatnya dengan kita adalah disebabkan pandangannya berbeza dengan kita. Jika dia melihat dari sudut kiri dan kita melihat dari sudut kanan, sudah tentu berbeza persepsinya bukan? Seeloknya, gabungkanlah pandangan-pandangan tersebut bagi membuahkan sebuah pandangan yang lengkap. 

 

    Tidak pelik bukan jika Islam turut menganjurkan kita untuk sentiasa berhusnul-zhon (bersangka baik). Semua ini adalah untuk menjaga hati kita sebenarnya. Janganlah dirosakkan, dibebankan hati kita ini dengan pelbagai benda-benda busuk. Ubahlah sudut pandang kita supaya benda yang tadi nampaknya negatif boleh terlihat positif bagi meraikan, menyuburkan husnul-zhon. Sudut pandang ini adalah di bawah kawalan kita. Jom ubah jom berubah... 

 

    “Aku pada sangkaan baik hambaku kepadaku, maka bersangkalah dia kepadaKu sesuka hatinya” (riwayat Imam Ahmad,Bukhari dan Muslim).

 

    " Jauhuilah kamu dari prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sebohong-bohong rekaan rasa hati (berita hati)" (riwayat Bukhari-Muslim).    

 

 

No comments:

Post a Comment