KENAL DIRI…
Janganlah kita lalai dan terleka dengan sanjungan ribuan manusia
kepada kita kerana dengan sanjungan itu belum tentu boleh membuatkan kita dekat
dengan Sang Pencipta. Sanjungan itu boleh lenyap sekelip mata dengan
kesalahanmu. Sebenar-benar sanjungan ialah apabila Allah memandang kita.
Biarlah kita tidak dipandang tidak dikenali oleh penghuni bumi, tetapi
berharaplah agar nama kita segar harum menitip di bibir penghuni langit. Amat
malang bagi mereka yang tidak dikenali di bumi dan di langit. Jangan diharap
dengan sanjungan sementara manusia yang menilai hanya pada kaca mata kehidupan
dunia. Sedangkan kehidupan yang sebenar adalah hakiki di sana kelak. Berapa
ramai yang terleka mencari bekal untuk dia hidup di alam sementara walau
hakikat hidup yang kekal adalah di akhirat. Diharapkan medan tempat bercucuk
tananam ini kita gunakan sebaik mungkin supaya kelak nanti kita dapat tuai
hasilnya.
Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatan. Kekuatan bukan untuk kita
sombong dengannya dan kelemahan bukan untuk dihina. Namu janganlah kita
bersedih dengan kelemahan yang ada kerana Allah tidak menghina kita dengan
kelemahan itu. Orang yang buta matanya akan menjadi hebat apabila celik mata
hatinya. Kenalilah kekuatan yang ada pada kita agar kelak dapat digunakan
untuk kita dekat kepadaNYA digunakan untuk mencari keredhaanNYA. Kenalilah
kelemahan agar nanti tidak digunakan musuh untuk menjatuh dan
melemahkan kita. Setiap orang ada potensi tersendiri, cari dan galilah ia
untuk kita kenal diri dan kenal Pencipta. Barang
siapa yang tidak mengenali dirinya sesungguhnya dia tidak kenal akan
Penciptanya...
No comments:
Post a Comment